ALL ABOUT KNIVES AND WOOD

Terima kasih atas kunjungan anda, jika ada jenis dan jenama pisau yang anda inginkan boleh beritahu dengan saya, mungkin saya boleh membantu...telefon saya 0193302672. E-mail sham200175@yahoo.com. Maybank akaun 114209468772. Sila tambah RM10 untuk penghantaran. Terima kasih atas sokongan anda.

Sunday, September 11, 2011

Salam Aidilfitri.....




Assalamualaikum.... setelah sekian lama menyepi... ada gambar je utk dikongsi...
gambar pertama...Ini adalah koleksi milik bapa saudara yg menetap di Bt. Kikir..N9...
beliau menunjukkan koleksi ini padaku setelah mengetahui aku juga berminat dgn benda2 ini...
gambar kedua...Ini pisau belati yg aku buat utk kawan yg tinggal di Tronoh, Perak...
Hulu dari kayu berlian dan sarung dari kayu mata kucing....bilah aku buat dari mata gergaji 'power saw' yg dibentuk menjadi 'belati daun bulu
gambar ketiga....ini koleksi peribadi..bilah.badek sepat yg ditempah dari Terengganu...menggunakan besi pamor...hulu..sampir..dan kasut aku buat dari kayu penaga...sarung tengah kayu buwer...cincin guna tanduk rusa..

No comments: